Monday, January 28, 2013
Betulkan bacaan
Hukum belajar tajwid adalah fardhu kifayah... hukum mengaji bertajwid adalah wajib. Jangan rasa rugi untuk belajar tajwid. Sebab fitrah setiap orang suka hiburan. Membaca Al Quran adalah salah satu hiburan. Berapa kali baca pun tak jemu. Jadi nak baca al Quran mesti ikut aturannya. Biar nampak Al Quran ni berharga, bernilai tak macam kitab atau buku yang lain. Surat khabar kita boleh bungkus nasi lemak. Novel kita baca sekali lepas tu simpan je.
Bila sebut sayang Nabi, mesti kena sayang sekali benda yang Nabi bawa iaitu Al Quran.. Maka Maktabah Al Eeman menyeru semua umat Islam agar terus mempelajari al Quran.. in sya AlLah kita kongsi bersama-sama ilmu al Quran dari semasa ke semasa...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment